Ramai Ramai Card

 

 

ramairamaicard 

Terma & Syarat Keahlian Ramai Ramai Kad ( RR Kad )
 
1) KAD RAMAI RAMAI dikeluarkan oleh dan adalah hak milik Emporium Ramai Ramai Sdn.Bhd.
Lahad Datu, Sabah. (Company No.096124-u)
 
2) KAD RAMAI RAMAI bukan kad kredit atau kad pakai-bayar.

3) KAD RAMAI RAMAI  boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian untuk menukar
hadiah di WISMA RAMAI RAMAI.

4) KAD RAMAI RAMAI terbuka kepada semua pelanggan yang mempunyai kad pengenalan atau
    pasport yang sah dan berumur 18 tahun keatas.
 
5) KAD RAMAI RAMAI haruslah diperbaharui setiap tahun.

6) KAD RAMAI RAMAI yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran untuk penggantian kad
ahli baru. Mata ganjaran lama akan dipindah ke kad baru. 
     
7) KAD RAMAI RAMAI tidak boleh dipindah milik.
 
8) EMPORIUM RAMAI RAMAI SDN. BHD. berhak menggunakan data pelanggan untuk tujuan pemasaran.

9) untuk keterangan lanjut sila berhubung di KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN di tingkat 3,
WISMA RAMAI RAMAI. 

--------------------------------------------------------------------------------
  
Penebusan Mata Ganjaran ( RR Point )
 
1) Ahli-ahli harus memberikan KAD RAMAI RAMAI kepada juruwang sebelum membuat pembayaran untuk
pengumpulan mata,kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pembelian tersebut
tidak menikmati sebarang promosi keistimewaan keahlian dan mata ganjaran. 

2) Satu mata ganjaran akan diberikan kepada setiap RM2.00 yang dibelanjakan. (Kaunter Sewaan dikecualikan)

3) Pembelian menggunakan baucar RAMAI RAMAI tidak akan diberikan sebarang mata ganjaran.

4) Mata ganjaran tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

5) Hanya ahli yang mempunyai mata ganjaran yang mencukupi boleh membuat penebusan mata. Penebusan
boleh didapati di KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN di Tingkat 3 WISMA RAMAI RAMAI.

6) Ahli dinasihatkan menyimpan resit pembayaran untuk rujukan sekiranya timbul sebarang masalah mengenai
pengumpulan mata ganjaran.

7) EMPORIUM RAMAI RAMAI SDN. BHD. berhak untuk mengubah peraturan, struktur mata ganjaran dan struktur
penebusan hadiah tanpa sebarang notis.

------------------------------------------------------------------------------

Emporium Ramai Ramai Sdn Bhd
Wisma Ramai Ramai
Jalan Bunga Raya
 91100 Lahad Datu
Tel : 089-880151 / 880152 / 880153   Fax : 089-880154

 
Adv
You are here: